Aku bukan pencipta lagu atau penulis lirik lagu dan juga bukan seorang penyanyi lagu, cuma seorang insan menjalani hidup yang penuh dengan kisah suka dan duka seperti lirik lagu.
Tapi kenapa ada Aku dan Dia?
Sebab blog ni akan ditulis oleh Aku dan Si Dia sebagai kenangan dan rujukan bersama yang akan disimpan di dalam blog ini. Almaklum la umur dah semakin meningkat, daya ingatan pun dah tak berapa nak kuat. Jadi dengan adanya blog ni, diharapkan aku dan si dia akan rajin rajin kan diri untuk mengupdate hari hari semalam kami.
Sebenarnya dah lama si dia suruh aku create blog ni, tapi disebabkan kebizian melampaui batas bersama rasa malas yang keterlaluan, aku asyik tangguhkan je hasrat nak create blog ni sampai la ke hari ni. Setelah berhempas pulas memerah keringat untuk mencarik semangat, akhirnya terlakar lah sejarah blog ini berjaya juga dilahirkan. kah kah kah... jangan mare yerr cik abg;p
Owh ye, lupa nak bagitau yang aku dan si dia tinggal berasingan kerana tuntutan kerja, si dia jauh di seberang lautan, aku di semenanjung, jadi apa apa yang berlaku sama ada ketika kami bersama atau berasingan akan dilakarkan didalam blog ini. Ok tu jela kowt intro yang aku leh taipkan malam ni, nantikan entry2 terbaru dari kami tak lama lagi, bila? haaa.... itu yang kita tak tahu... hihihihi
Tapi aku sangat percaya yang Cik Abg aku yang sorang tu akan rajin menulis, mungkin aku juga, banyak cerita yang aku ingin sampaikan cuma masa dan mood belum mari.... ;p
Ok nanti sambung lagik... daaa
jam : 10.25 pm
lokasi : kat rumah dalam bilik
penulis : are_yunk