Ahad, 6 Disember 2015

Fit Perak

Sebenarnya benda alah ni aku dh tulis bulan 10 aritu, tp dok ada dalam draft sampai hari ni baru teringat!!!πŸ™ˆπŸ™ˆ

Assalamualaikum....
Hari ini 10.10.15 Hari Sukan Negara, ade macam-macam aktiviti dan acara sukan kat tempat aku ni antaranya :
- Kayuhan 80KM 🚲 
- Kayuhan 25KM 🚴
- Program 10,000Langkah πŸƒ
- Inline Skating Tournament πŸ†
- Demonstrasi Kapal Layar 🚣
- Ultimate Aerobik πŸ’ͺπŸ‘― 🎢
- Jump For Heart πŸ’–
- Ungku Busu Hiking πŸ‘£
- Martial Arts Performance πŸ’ͺπŸ‘Š
- Bola Sepak 9 Sebelah ⚽️
- Pertandingan Badminton πŸ†
- Treasure Hunt πŸƒ
- Indoor Game 🎯🎲
- Pertandingan Ping pong πŸ†
- Pertandingan Sepak Takraw πŸ†
- Pertandingan Bola Tampar πŸ†
Haa... Manyakk khenn? Tapi 1 pon aku tak join.. KahkahkahπŸ˜‚πŸ˜‚
Sebenarnya aku teringin je nak join program 10ribu langkah tu, tapi takde geng la😒, semua kawan office tak berminat, kakak-kakak aku pulak tak available harini, masing-masing ada sukan kat tempat sendiri. So sempena hari sukan negara ni, aku nak share sikit cerita masa aku join fit malaysia kat ipoh aritu.

13 Sept 2015, berlangsungnya Fit Perak di Dataran Bandaraya Ipoh. Sebulan sebelum hari kejadian aku dah register online untuk masuk larian, excited gler kowt.. Hehe
Disebabkan aku tinggal kat Manjung, so sehari sebelum tu aku dah pegi Ipoh rumah kakak aku. Memang kami dah plan  nak pergi sama-sama esok pagi. Kami bertiga, aku, kak J dan kak N. Untuk persediaan ke larian fit perak tu, hampir setiap petang aku akan ke Curves Gym dan lepas workout di gym aku akan ke stadium pulak untuk joging. Nampak tak betapa gigihnya aku padahal join larian 5km jerπŸ™ˆ.

Nak dijadikan cerita, pagi sabtu sehari sebelum fitperak tu aku pulun workout kaw-kaw tak ingat untuk jadi lebih fit la kononnya, sekali kaki aku macam terseliuh pulakk.. Adoiii.. Nak kata terseliuh pun bukan, sbb sakit dekat betis dgn lutut,  sampai nak jalan pon terdengkot-dengkot. Abang cakap mungkin krem je kot lepas rest ok la tu. 

Tetapiiii....
Pagi hari kejadian, makin sakit pulak.. Huhu. Tapi aku paksa diri juga, aku mesti cuba juga. So pagi tu lepas kelam kabut siap bagai, dalam 6.45 baru kami keluar rumah. Plannya nak keluar awal sebab 5000 peserta yang pertama akan diberikan tshirt free. Apakan daya, sampai je dataran MBI orang dah penuh berasak asak dah, tshirt free hanya tinggal angan-angan jela. 

Nampak berapa ramai punya orang daaa... Ada macam-macam acara antaranya berbasikal 30km, larian 10km dan 5km.

Masa ni peserta 5km dah dilepaskan, hapening gler masa ni, dengan sorakan peserta, lagu-lagu yang memecah gegendang telinga.. Hehe

Kaki aku sebenarnya sakit gler masa ni, tapi aku paksa diri juga, aku lari slow je dari mula, kak J dgn kak N dah jauh tinggalkan aku, sanggup diorang tinggalkan adik bongsu diorang yang dalam kesakitan ni, kejam sungguh😒
Aku maintain speed larian aku, bila dah nak hampir ke garisan penamat aku nampak kak J dan kak N tak jauh kat depan aku je😁, tula buat lagi pecut awal-awal kan dah semput.. Kikikiki
Akhirnya kami bertiga berjaya menghabiskan larian 5km dengan jayanya. Sampai sahaja digarisan penamat kami terus diberi medal dan sijil penyertaan. Syukur Alhamdulillah..

Lepas habis larian semua, kami diberikan sarapan dan air percuma. Tak lama lepas tu acara perasmian berlangsung. Majlis dirasmikan oleh tak lain tak bukan Menteri Belia dan Sukan KJ dan juga Menteri Besar Perak.

Selepas perasmian bagai, ada macam-macam lagi aktiviti senamrobik, zumba, african dance dan macam-macam lagi lah. Serius memang best, terasa diri fit gitewwπŸ™ˆ
Mungkin sebab aku bersungguh-sungguh nak join larian ni, sampai aku boleh abaikan kesakitan kaki aku tu, zumba dan african dance pon aku boleh ikut, aku rasa dasyat juga la sebab kalo ikutkan kaki aku tu agak kritikal masa bangun pagi tu. 

So apa yang aku boleh simpulkan, kalau kita betul-betul nak sesuatu, walau apa pun rintangan, kita tetap akan boleh hadapinya, yang penting kena yakin dengan diri, jangan cepat mengalah.. Wahhh giteww (mcm poyo je kan?) mungkin untuk orang lain, apadehal lari 5km je kot, tapi bagi aku serius bukan mudah untuk aku heret kaki yang sakit untuk menghabiskan larian 5km tu..πŸ˜€
Apa-apa pun, aku sangat menyokong aktiviti dan acara sihat seperti ini, dan insyaAllah akan sertai lagi di masa akan datang. Jom sama-sama kita jadi orang yang sihat dan fit!!! Peace yooo😘

Penulis : Areyunk
Lokasi : Rumah Omma
Masa.  : 08.30pm


Tiada ulasan:

Catat Ulasan