Jumaat, 12 Ogos 2016

Bil Air Tinggi; Tanda-tanda kebocoran paip air tanpa sedar

Bulan lepas aku telah dikejutkan dengan bil air yang maha dahsyat sekali.. rm400.. rebah sekejap bila tengok.. selalu paling mahal pon rm20 jer, kenapa kali ni mahal bebenor.. so mula la suspek ada orang curi air.. haha.. hakikatnya xada pon.. 

dah mengalahkan bil api
setelah buat siasatan, rupanya berlaku kebocoroan paip di bawah tanah.. macam mana nak tau? senang saja, first sekali tutup dulu valve kat meter depan rumah tu.. tengok lepas tutup tu, meter masih bergerak atau tak.. macam kes aku ni, lepas tutup main valve kat meter tu, meter tak bergerak dah.. so maksudnya meter tu betul.. xrosak.. 

second step, tutup valve main supply ke dalam rumah.. maksudnya valve pertama yang menyambungkan antara meter dengan tangki rumah.. so lepas tutup valve tu, buka semula valve dengan meter.. kalau tiada kebocoran, meter tak akan bergerak.. dalam kes aku ni, meter bergerak dengan amat laju sekali.. so, confirmlah berlaku kebocoran antara meter dan valve tersebut.. tapi apakan daya, rumah teres dua tingkat, paip bahagian tu di bawah rumah iaitu di dalam tanah.. boleh nak cuba cari, tapi habis rabak la tiles dan lantai rumah..


pada mulanya, aku cuba gak cari dekat area-area porch kereta tu.. sebab situ tak ada tiles.. setelah tebuk 3 lubang, bukan kata tempat bocor, paip air pon tak jumpa.. jenuh macam tu.. mau habis satu kawasan parking rabak.. so last-last decide untuk bypass jer terus dari meter tu.. so kontraktor tu pun buat la piping baru dari meter ke tangki air melalui bumbung rumah.. untuk point yang direct supply, kontraktor akan layout piping asing.. tapi nampak la dari luar rumah.. apakan daya, dah tu jer option yang ada..

mencuba nasib

memang tak jumpa la
lepas dah tampal lubang. kelihatan paip baru yang menuju ke atas.

sekali lagi akan rabak sebab kena bayar kontraktor lak.. kena rm700.. aku pun tak sure ini harga standard atau mahal/murah.. sebab aku hanya telefon dua orang kontraktor.. sorang bagi harga rm1000, sorang bagi harga rm700.. so terus decide jer laa.. tak tau la kalau ada lagi yg murah, boleh bagi rm 300.. huhu..

berbalik kepada cerita bil air yang cecah rm 400 td tu, aku pun pergi la ke Lembaga Air Perak (LAP) untuk buat rayuan pengurangan.. yela, rm400 tu jenuh la nak bayar.. tambah-tambah lak bukan salah kita.. rasa tak adil la untuk tanggung kos tu..

so bila ke LAP, memang dah ada borang untuk buat rayuan bagi kes-kes macam ini.,, tapi perlukan pengesahan oleh kontraktor yang berlesen dan berdaftar.. kontraktor yang buat rumah aku dulu tak berdaftar lak.. so kena la cari kontraktor yang berdaftar lak untuk tolong cop dan sign borang rayuan tu.. baru aku tau, rupanya boleh dapatkan senarai kontraktor untuk paip kat LAP tu.. punya la ramai.. masa mula-mula tu jenuh nak cari tukang paip..

borang rayuan

mana yang nak cari plumber/tukang paip/ area manjung/lumut/sitiawan boleh la rujuk sini

dah ada senarai tu, aku pun kol la tanya siapa yang boleh tolong lengkapkan borang rayuan tu.. alhamdulillah, jumpa seorang kontraktor yang ok.,. dia boleh tolong buatkan borang tu dengan cas bayaran rm20.. so status sekarang adalah menunggu keputusan rayuan bil air tu.. harap-harap dapatlah diskaun semua tu.. hehe

are_bunk
lumut
121615 Ogos 16

update:

alhamdulillah, lanjutan rayuan yang dibuat sebelum ini, maka LAP telah bermurah hati memberi sedikit diskaun.. sikit tak sikit la, 260 hengget gak la.. cuma yang masih tak seronok, masih kena bayar rm145.. tapi apakan daya, dari bayar rm400, baik bayar rm 145 jer.. aku xpasti apa kaedah pengiraan yang LAP gunakan untuk nilaikan jumlah diskaun tu, tapi aku rasa LAP based dari tempoh masa kita buat pembaikan dan laporkan kerosakan dan rayuan kepada depa.. lagi cepat kita lapor, mungkin lagi banyak pengurangan kot..


maklum balas berhubung rayuan

arebunk
lumut
101116 nov 16

31 ulasan:

  1. Salam encik.bole tau ape status rayuan?dapat diskaun x?tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, dapat diskaun tu.. tp still ada jumlah yang kena bayar.. saya dah update kat atas..

      Padam
  2. Kesudahannya mcam mana yea...blh baiki x...sbb rmah saya rmah teres 1tgkat pom bocor rsenya...sbb rmah tu xgna sgt pom blh mncecag rm200 lbih tiap2 blan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xbaiki sebab xjumpa tempat kebocoran tu.. buat piping baru untuk selesaikan masalah tersebut..

      Padam
  3. Salam
    Saya juga kini mengalami masalah yg sama...bill sebelum ni tak pernah melebihi rm20 tapi skrg ni rm191😢...meter tak gerak pun bila tiada penggunaan..saya dah snap gambar dan bezakan beberapa jam selepas....pelik juga cmna bill meningkat sampai cecah penggunaan sebanyak 110 meter padu sebulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuma tengok bacaan meter yang dicatatkan di dałam bił tersebut.. adakah bacaan di dałam bił sama dengan meter atak tak? kadang-ikadang ada error pada bacaan meter tersebut.. jadi bil akan tinggi juga..

      Padam
  4. Salam
    Saya juga kini mengalami masalah yg sama...bill sebelum ni tak pernah melebihi rm20 tapi skrg ni rm191😢...meter tak gerak pun bila tiada penggunaan..saya dah snap gambar dan bezakan beberapa jam selepas....pelik juga cmna bill meningkat sampai cecah penggunaan sebanyak 110 meter padu sebulan..

    BalasPadam
  5. Salam
    Saya juga kini mengalami masalah yg sama...bill sebelum ni tak pernah melebihi rm20 tapi skrg ni rm191😢...meter tak gerak pun bila tiada penggunaan..saya dah snap gambar dan bezakan beberapa jam selepas....pelik juga cmna bill meningkat sampai cecah penggunaan sebanyak 110 meter padu sebulan..

    BalasPadam
  6. Salam macam mne nak buat rayuan rumah sy makin mahal bocor xthu d mana . Mula2 belas2 lps tu pluh2 lps tu berpuluh pluh . Last bil bln 2 rm50 bil harini bru smpai rm60 . Mengalahkan bil eletrik pulak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama.
      Bertahun2 bayar bil 40-50.
      Bil bulan Mei 2019 rm58.
      Tanya jiran2, bil air mereka rm20++ je.
      Macam mana nak buat ni...

      Padam
    2. Dalam kes Puan ni, memang kena cari punca kebocoran dan repair dahulu.. selagi tak repair kebocoran tersebut, memang bil akan tinggi dari kebiasaan.. selepas dah repair, baru boleh buat rayuan atau pelarasan tersebut..

      Padam
  7. sy bru kena bil air lbih bil elektrik. adoi,dh tau bocor kt mana, ingtkan sikit. rupanye bsar. air keluar mcam air terjun. mlayang duit smpai 3ratus, nk hdup roadtax, tgk2 bil air melambung. rm178 ,sbelum ni tk pnah pn banyak. pnah sikit smpai rm10 bulan2 lepas. ni repair sendiri jela. beli penyambung paip poly rm4, cangkul korek sendiri je kat belakang tandas. berkat ilmu belajar dan keja buruh dulu, pnggil orang kna mahal. padahal penyambung to rm4 je pn. upah yg mahal. gaji orang yg buat keja mcam to pling kurang pn rm80 shari je. anggaran rm100 jela lau keja to cepat. sorang2 bleh wt, lau pnggil dua 3 org yg jdi mhal to

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. kalay jumpa bocor, memang mudah kerja.. tambah2 lak boleh repair sendiri.. memang boleh jimat dan cepat selesai..

      Padam
  8. Syukur lah masalah paip bocor kamu Hanya rm400.. Paip bocor kami tanpa sedari mencecah rm3000.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh share, tuan buat rayuan ke tidak?

      Padam
    2. Untuk sebulan ker tu? Stress jugak kalau bil dah cecah sampai ribu-ribu nie..

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam


  10. tuan puan boleh kemukakan rayuan kebocoran tanpa disedari di pej LAP berhampiran tempat tinggal tuan puan. diskaun kebocoran diberikan kepada rm 300 ke atas sahaja ( satu bill yang paling tinggi dan mencecah amount 300 dan keatas , dan tuan puan layak untuk memohon ok.
    salah satu tip nak buat semakan kebocoran dirumah kita begini . step 1 : tutup semua paip air dalam rumah termasuk porch kereta, paip mesin basuh dan apa jua paip termasuk paip air naik ke tangki tu ) ** ingat yer, jangan pulak di tutup paip kat meter tu masa nk check kebocoran ni, mmg x boleh detect nanti
    step 2 : pergi ke meter air rumah di luar tu, tgk bacaan pada meter tu... yang hujung sekali warna merah tu.... tgk bergerak x walau perlahan..( yang 4 digit last tu mmg x bergerak ) kene tgk yang last..kene besabar skit. jika berlaku pergerakan walau perlahan skalipun, bermakna ada kebocoran la ( sbb kan saya suruh ttp semua paip dalam rumah tadi, tapi bacaan Meter still bergerak... maksudnya ade la tu air masih mengalir ke mana mana, slalunya dalam konkrit, bawah tanah dan kawasan yang kita x nampak )
    step 3 : sementara nk tunggu repair tu kena la rajin skit tutup buka kepala paip kat meter tu, bila nak guna baru buka. cara ini bole la control sementara nk tunggu masa repair.
    perlu di ingatkan air ni ada pressure ( tekanan ) ia akan kuat bila sebelah malam...dimana ramai orang x pakai kan, semua dah tido...jadi kalau ada kebocoran tu dia akan lebih kuat la...
    step 4 : call LAP atau pergi terus ke LAP dapatkan list nama plumber yang berdaftar supaya bole la kita tanya tanya harga kan, stanby duit dan sebagainya...

    dengan maklumat yang saya bagi ni moga sedikit sebanyak membantu tuan puan ya...

    no aduan LAP : 15353

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas tambahan maklumat tersebut Puan..

      Padam
  11. Mcm kes sy...sy dah tutup smua pili paip..tuggu bacaan meter yg merah pling tepi x bergerak pon dlm msa 20 minit still sma...tp bila sy buka 1 pili,bacaan meter jd laju mcm F1...adakah meter yg rosak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah nak jawab, sebab memang akan ada byk kemungkinan.. nak xnak memang kena buat fault finding/ try and error untuk sahkan punca sebenar.. ada kemungkinan kebocoran tersebut selepas pili tersebut..

      Padam
  12. assalamualaikum ok tu 4 ratus saya dekat 2 ribu mnta rayuan dia tak nak bagi dia suru bulan2 bayar 2 ratus macm mana ya nak merayu lagi agar di kurang kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.. ini dengan Lembaga Air Perak (LAP) juga ker Tuan?

      Padam
  13. Kalau bawah Syabas boleh dapat diskaun juga ke?

    BalasPadam
  14. yang ni xpasti Tuan.. disarankan Tuan berhubung dengan pihak Syabas untuk kepastian..

    BalasPadam
  15. Saya nak tanya kalau paip bawah tanah bocor..memang kita sendiri ke kena betulkan..LAP tak de tolong ke??

    BalasPadam
  16. salam encik..nak tanya..berapa hari siap buat paip baru tu>?

    BalasPadam
  17. Bil air saya sebln antata rm600 ke rm700. Kami hanya berempat di rumah. Pelik bil tinggi. Buat afuan pd kontraktor kuarters, pkp alasannya. Habis poket.. Pd hal itu essential service. Membazir bayar.. Lebih baik sedekah ada faedah sikit..

    BalasPadam
  18. Sedih, saya lgi tak logik dpt beribu sebulan, harap prihatin la nasib pengguna

    BalasPadam
  19. Saya baru ni paip tak tahu main paip bocor.. Sedar2 bil smapai rm2500😭...dan 2hari lepas tu trus kena potong Bil air.. Ada tak yang tahu utk pngurangan bil

    BalasPadam