Catatan kali ini lebih untuk perkongsian pengalaman aku bersama kereta.. Sehingga kini, aku dah 3 kali tukar kereta.. Bermakna aku dah ada pengalaman dengan 3 buah kereta..
Kereta pertama aku adalah toyota corolla se limited edition.. Kereta second hand.. Beli masa mula-mula kerja dulu.. Kereta lama, jadi loan kereta dah tak boleh buat.. aku buat personal loan, beli cash kereta tu.. Beli pada tahun 2007 dengan harga rm14k.. Bangga sekejap waktu tu ada kereta walaupun kereta lama.. Kenangan indah kereta tu adalah masa lepas bertunang dan mula2 berkahwin.. Walaupun kereta lama, tapi tetap bersyukur.. Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan toyota corolla tu.. Kereta luas, bawa sedap sebab rasa berat, enjin pon kuat sebab cc 1.6, manual lagi.. Masalah yang aku alami adalah aircond sahaja.. Selalu gas habis.. Topup gas pon tak tahan lama.. 2 kali p servis pon masih tak nak jadi.. Aku pakai sampai tahun hujung tahun 2010.. Lepas tu jual pada adik aku dengan harga rm5k.. Harga adik beradik.. Hehe..
Kereta kedua aku adalah proton saga blm 1.3 se.. Beli lepas 6 bulan kahwin disebabkan keperluan kenderaan.. Ayang sebelum tu pergi kerja terpaksa menumpang kawan dia lagi.. Fikir punya fikir, survey punya survey, last-last decide beli proton saga blm.. Sebab apa? Sebab itulah kereta sedan yang ada bonet paling murah.. Pilihan lain yang kami survey adalah myvi dan naza bestari@peugeot 206.. Dah la dari segi harga pon myvi ngan naza bestari lagi mahal, kereta kecik lak tu.. So dengan gaji yang terhad masa tu, memikirkan ROI masa panjang (sebab bajet nak pakai lama kereta baru), so kami belilah proton saga blm.. Rm44k pada tahun 2009.. Lagi sekali rasa bangga sebab dapat beli kereta baru.. Dan yang lagi syok adalah aircond sejuk (sebab kereta sebelum tu tak ada aircond.. Huhu) tapi proton saga ni lebih banyak kenangan dengan ayang.. Sebab dia yang banyak pakai.. Aku masih pakai toyota corolla berulang kerja masa tu.. Lepas aku jual toyota corolla tu, aku bertugas di kapal lak.. Aku pakai moto jer waktu tu.. Sampai la ayang bertukar tempat kerja, barulah kami sama-sama guna kereta tu berulang pergi kerja..
Keseluruhan proton saga blm tu memuaskan.. Tak pernah mendatangkan masalah.. Sebab kereta baru dan kami maintain servis di proton servis walaupun dah habis warranty.. Sebab pikir malas nak cari-cari kedai servis.. Pergi pusat servis memang mahal, tapi hati senang.. Kita akan rasa yakin dengan kemampuan kereta dan kalau ada masalah kita boleh tahu awal.. Kalau banding dengan toyota corolla (kecuali aircond), rasa toyota corolla lebih best.. Sebab saga blm ni sempit sikit, pickup pon kurang sikit sebab 1.3, auto lak.. Dan yang paling tak best, minyak agak kuat.. Aku dok baca dalam forum dan blog-blog lain, orang kata saga blm minyak jimat.. Tapi pengalaman aku pakai sendiri, aku rasa minyak agak kuat.. Rm50 boleh tahan 3-4 hari ulang alik pergi kerja + ronda-ronda pergi kedai.. Lebih kurang 280km.. Mungkin cara pemanduan aku yang salah.. Sebab kereta kurang pickup, jadi aku selalu tekan sikit masa nak mula jalan tu.. Mungkin sebab tu la minyak kuat kot.. Last sekali kekurangan yang aku rasa adalah bunyi enjin sangat bising.. Kadang-kadang rasa dah macam bunyi enjin lori.. Tambah-tambah waktu singgah petronas nak solat, kereta parking kat luar, time solat boleh jer dengar bunyi kipas kereta dok cut in cut out.. Tak ada masalah apa pun bunyi tu, cuma rasa tak best jer.. Kami pakai saga blm tu sampai hujung 2013 sebelum bagi mak mertua aku lak pakai.. Lebih kurang 4 tahun 2 bulan kami guna kereta tu..
Kereta ketiga aku merangkap kereta pada masa ini adalah honda civic hybrid 1.5.. Beli pada hujung okt 2013 dan dapat pada hujung nov 2013.. Sebab apa beli kereta ni? Sebab tahun 2013 adalah tahun terakhir kerajaan bagi pengecualian cukai bagi kereta hybrid.. Harga masa tu rm120k.. Tolak rebat honda rm4k, kira jumlah sebenar adalah rm116k.. Harga yang aku rasa mampu dan sesuai dengan kami.. Ditambah beberapa faktor lain seperti kereta yang lebih besar, lebih bergaya, lebih selesa untuk dibawa dan yang paling penting fuel consumption lebih jimat.. Setelah mengkaji dan buat analisis, aku dapati memang kereta hybrid lebih jimat minyak.. Konsep hybrid, guna bateri tambahan untuk menyokong kuasa yang enjin produce.. Jadi enjin kurang dibebankan, maka penggunaan minyak pon jadi kurang.. Masa nak beli dan sampai sekarang, masih ramai orang tak faham pasal hybrid.. Dan selalu orang akan kata pakai hybrid susah, nanti kalau bateri tu rosak, mahal nak ganti.. Aku dah tanya honda, kalau bateri tu rosak dan kena tukar, harga pada masa ini adalah rm8k.. Tapi aku bukan nak tukar lagi pon sekarang, sebab honda bagi warranty untuk bateri tu selama 8 tahun.. Ok apa? 8 tahun belum tentu lagi masih pakai kereta ni, dan kalau 8 tahun lagi kompem punya harga bateri tu makin murah.. Teknologi hybrid tengah berkembang sekarang.. Dah banyak pengeluar kereta yang ada hybrid.. Jadi bila dah pasaran banyak, teknologi dah membangun, harga akan jadi lebih murah.. Awal-awal memang la mahal sebab nak tanggung kos rnd..
Hujung tahun ni kira genap 2 tahun aku pakai kereta nie.. Sepanjang tempoh pakai civic hybrid ni, aku berasa amat puas hati.. Rasa pilihan yang berbaloi.. Mungkin dah 3 kali beli kereta, so kaedah pemilihan semasa membeli kereta dah jadi lebih baik.. Dari segi keselesaan, amat selesa.. Dalaman kereta juga luas, kecuali bonet lebih kecil berbanding civic biasa sebab ada bateri tambahan kat situ.. Untuk performance, pickup agak kurang ketika menggunakan mode econavi.. Tapi kalau off econavi tu, pickup amatlah memberansangkan.. Bunyi enjin juga amat senyap, kadang-kadang tak perasan enjin tengah hidup.. Aircond sejuk.. Hehe.. Kalau untuk servis lak, sehingga kini dah buat untuk servis 40000km, harga masih di dalam kemampuan.. Average servis termasuk minyak hitam adalah sekitar rm500.. Kalau proton dulu, average servis di pusat servis dalam rm400 gak.. So lebih kurang gak la.. Untuk minyak hitam, honda lebih murah.. Yang aku rasa mahal adalah harga filter.. Filter aircond sampai seratus ringgit lebih.. Dah la 20000km kena tukar.. Untuk labour charge, bagi aku normal.. Seratus lebey gak.. Tapi ada promosi waktu beli iaitu labour charge free bagi 6 kali servis secara alternate.. Kira ok la tu..
Setakat tu sahaja yang dapat aku kongsikan pasal kereta.. Macam aku bagitau awal-awal tadi, perkongsian ni based dari pengalaman aku sendiri.. Pengalaman setiap individu adalah berbeza.. Kalau nak aku kongsi lagi pasal kereta, doa-doakanlah aku diberi rezeki lebih lepas ni, bolehlah aku beli x6 ker, range rover ker, mini cooper ker, barulah aku boleh kongsi pengalaman pasal kereta tu lak.. Haha.. Chowww..
are_bunk
Kota kinabalu
12 sep 15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan