Aku bukannya tak berusaha untuk kurus, macam-macam cara dah rasanya aku buat, tak makan nasi, ikut diet atkins, siap amik ubat-ubatan untuk kurus macam-macam produk dah kot. Tapi berat badan aku macam tanak berganjak jer, kalau berganjak pun sikit sangat, lastnyer aku putus asa sekerat jalan dan start balik makan macam biasa, bahkan bukan macam biasa je kadang-kadang makan secara luar biasa sebab balas dendam diet ketat tapi berat tak turun-turun.. stressssss!!!! Tapi semakin hari, makin banyak pulak baju yang tak muat, sampai baju kurung sendat apa citer ni??
Satu hari kat kampung aka rumah mak, kakak aku buka fb dia tunjuk gambar classmate dia yang dah kurus. Terkejut juga aku tengok gambar sebelum dan selepas. Mula la rasa iri hati tu berleluasa..huahuahua. So, setelah diselidik selidik, rupanya kawan kakak aku tu join gym! Tanpa berlengah lagi aku terus google la pasal gym ni, semangat berkobar kobar nak kurus noks...hehe Aku cari no. telefon dan cawangan yang terdekat, aku happy sebab gym ni adalah ladies gym dan paling tak sangka gym ni ada kat area rumah aku!! what the fishhh!!! Aku tak pernah tahu pun, selama ini aku memang nak cari kelas erobik atau gym untuk aku exercise. Tapi semua kelas erobik start malam, aku memang takut nak keluar malam sorang-sorang, gym pulak campur lelaki perempuan, so memang aku taknak lahh kan.
Habis je kerja, aku terus memecut ke gym tu, aku cadang nak tanya je dulu sebab aku tak tahu sangat pon pasal gym ni, berapa bayaran, berapa jam 1 sesi, seminggu berapa kali, kang tetiba kena bayar ribu ribu tak ke naya aku.. wahahaha Sampai je kat gym aku disambut oleh 2 orang staff yang berpakaian sukan, yerla kat gym kan? takkan nak pakai jubah lak..hihi Aku tanya la, kalau saya nak join gym ni macamana yer? Saya nak tanya je dulu. Masa aku sampai tu ada 3 4 orang perempuan tengah workout. Staff tadi terus jemput aku duduk kat meja untuk perbincangan, macam-macam dia tanya aku, padahal aku nak tanya je kowt, belum decide nak masuk lagik, sampai la dia suruh aku timbang berat kat mesin timbang dia, uwaaaaaaaa. Dia siap cakap tu memang procedure diorang, tak masuk pon takpa. So, bila semua dah setel, barula dia bgtau tentang fee gym ni.
Untuk membership sahaja RM378, membership ni adalah untuk lifetime, kalau kita dah stop pon, bler nak sambung balik nanti tak perlu bayar dah fee untuk membership ni. Masa aku tanya ni, gym ni tengah ada promotion dapat less 50%. Maksudnya aku cuma perlu bayar membership fee sebanyak RM189 sahaja. Yuran bulanan pula adalah sebanyak RM139, caya bayaran sama ada potongan dari debit card ataupun credit card. Masa aku tanya tu hujung bulan, so dia kira fee hari yang tinggal + RM189 (membership fee) + RM139 (monthtly fee) = RM347 (total aku kena bayar)
Perlu diingatkan, masa aku join gym ni adalah bulan februari 2015, harga mungkin dah berubah lebih mahal ataupun murah mengikut promosi semasa.
Curves Gym ni dah lama wujud, aku je yang ketinggalan zaman tak penah dengar pun..hehehehe
Dah hampir 5 bulan aku join gym ni, apa yang aku boleh simpulkan adalah sangat berbaloi untuk di sertai, berat badan aku bukan setakat dah turun, tapi fitness aku jugak semakin meningkat, takde la lemau je rasa macam sebelum aku join gym ni. Aku pun dah mula menjaga pemakanan sikit-sikit lah bukan sepenuhnya. Walaupun coach aku cakap berulang kali yg workout ni 30% je diet 70% noks...hehe
Benda alah ni muncul bila aku insert curves smart card lepas dah workout, nampak tak aku tak capai target..wakakakaa |
yang bulat kuning kat badan tu maknanya tu tempat yang lemah, so kene kerja kuat lagi kat bahagian tu.. ada pahammm? |
Graf ni tunjuk secara detail mesin mana yang aku tak capai target, kan ada bulat kat atas graf tu. yang hujung sekali tu menunjukkan aku tak capai target sebanyak 14 mata...nangessssss |
Graf ni pula menunjukkan berapa kalori yang aku dah bakar untuk beberapa hari.. tak sampai 400 pon padahal setengah mati wat workout..huhuhuhuh |
inilah dia curves smart yang korang kena bawak hari-hari pegi curves gym, kira mcm id korang la. Jangan bagi hilang tau..hehehe |
jam : 11.46 pm
lokasi : kat rumah dalam bilik
penulis : are_yunk