Xbox 360 bundle with kinect
Tajuk saja bagi panjang sikit, sebab nak bagi jelas.. Haha.. Ceritanya adalah cubaan memenuhi impian waktu kecil.. Biasalah zaman kanak-kanak dulu, macam-macam rasa nak buat.. Antara yang paling teringin adalah memiliki game tv.. Alaa, game tv yang pakai tape tu.. Main game street fighter, metal slug, contra, battle of the tank, dan lain-lain..
Tapi bila meningkat dewasa dan dah bekerja, perasaan tu masih ada namun disebabkan memikirkan ada perkara lain yang lebih keperluan, so impian sedemikian dikategorikan sebagai kehendak.. Darilah game tv sehingga ps2, teringin tapi tetap tak nak beli disebabkan memikirkan pasal duit sebelum ini..
Sehinggalah hari raya yang lepas, aku p beraya ke rumah kawan aku.. Sekali tengok dia ada xbox.. So saja la ajak main xbox tu sambil-sambil makan kuih.. Ditakdirkan dia punya ada kinect lak (masa tu aku tak tau pon apa benda kinect tu).. Terkesima sekejap aku sebab boleh main tanpa pakai joystick dan detect pergerakan badan.. Wowwwwwwwwww!!!! Biar betul.. Selama ni aku pernah tengok orang main ps3, tapi rasa macam kena pegang sesuatu gak kat tangan.. Terus rasa kagum sekejap dan air liur mula meleleh-leleh.. Slurrrpppp.. Sedut balik air liur yang nak jatuh..
Ditakdirkan weekend tu lak member aku balik kampung (sebab masih raya) so aku mintak pinjam xbox dia.. Start main kat rumah.. Ditakdirkan lagi ada game bola tampar lak kinect nie.. Aku dah la memang player bola tampar, so rasa macam chemistery aku dan xbox ni makin dekat.. Orang tua-tua kata memang ada jodoh.. Aummmm.. Lanjutan itu, aku mulalah study pasal xbox nie.. Macam biasa, tengok kat google dan wikipidea.. Barulah aku tau xbox ni ada banyak model.. Yang member aku punya xbox 360 slim, sebelum tu ada xbox 360 yang besar.. Lepas xbox 360 slim, ada lak xbox 360 elite.. Semua ni sama ja.. Design la ada ubah sikit-sikit.. Yang paling latest xbox one..
So kalau nak compare, xbox 360 ni sama level macam ps3.. Xbox one sama level macam ps4.. Mula-mula aku berbelah-bahagi nak beli ps3 atau xbox.. Sebab ramai kata ps3 lagi ok.. Namun, setelah mengkaji data dan spec peralatan, aku decide untuk amik xbox 360 bundle with kinect.. Kerana apa? Kerana antara sebab aku nak beli game ni adalah kerana ada kinect tu.. Aku minat sukan dan aku minat game.. So baik aku gabungkan minat aku tu, bersukan sambil main game atau main game sambil bersukan.. Kan ker menarik bunyinya tu.. Sambil release tension, sambil enjoy boleh sihat badan gak..
Setelah buat survey di pasaraya-pasaraya besar di kota kinabalu, mudah.my dan lazada, aku melihat dekat lazada paling berbaloi.. Kat mudah.my memang murah lagi, tapi hati rasa tak berapa gembira.. Aku rasa tak selesa nak beli barang second hand macam xbox ni kat mudah.my.. Risau console tu dah tak elok.. Biar bayar lebih sikit tapi janji hati rasa tenang, aku beli xbox 360 4gb bundle with kinect.. Dapat dua free game untuk kinect.. Jadi la tu.. Memang tu target aku beli xbox pon.. Harga rm1300.. Macam biasa pakej dengan 1 x joystick.. Maybe kalau pandai dan rajin cari lagi, boleh dapat lagi yang murah atau yang lagi banyak pakej.. Tapi aku dah malas dan rasa ok dah la tu..
So takat tu dulu, nanti aku update lain lak perasaan bila dah ada xbox tu.. Chow chin chau..
are_bunk
Kota kinabalu
27 okt 15