Rabu, 9 Disember 2015

Six Flying Dragons



Assalamualaikum....

Saja nak share pasal drama bersiri korea yang satu ni. Drama bersiri ni setiap hari selasa dan rabu pukul 9 malam dan tentunya di One hd channel 393. Aku memang layan habis citer ni, bagi aku citer ni sangat hebat. Tak pernah lagi aku rasa berdebar-debar, bersemangat, teruja, emosi, geram, gembira, sedih sampai meleleh-leleh air idung bler tengok citer ni... Huhuhu
Dari episod 1 lagi aku dah macam tertarik dengan cerita ni, pelakon hebat, jalan cerita hebat, kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku, tak cliche lansung.. Hehehe
Drama ni kat malaysia sekarang dah episod 20. Tak sabarnya nak tunggu episod 21 minggu depan... Huhuhuhihu

Meh aku cerita skit sinopsis drama bersiri Six Flying Dragons....

Kisah ni bermula sebelum zaman pemerintahan Raja Joseon. Mengisahkan konflik politik, idealogi dan revolusi untuk membina negara yang baru. Bermula dengan idealogi seorang cendiakawan bernama Sam Bong untuk membina negara baru setelah negara yang sedia ada iaitu Georyo mengalami kehancuran dan ke arah kemusnahan dengan pembesar negara menyalah gunakan kuasa dan menindas rakyat jelata dengan cukai yang tinggi dan merampas tanah dan hasil tanaman rakyat jelata. Idealogi Sam Bong itu secara kebetulan telah menemukan 6 orang anak muda dari pelbagai latar belakang untuk melaksanakan plan dan ideologinya. Pelbagai cabaran dan dugaan mereka terpaksa hadapi untuk melaksanakan rancangan tersebut. Untuk negara yang baru, Sam Bong telah memilih bapa kepada Bang Won iaitu salah seorang dari 6 anak muda itu. Bapanya adalah ketua panglima tentera. Tetapi malangnya, walaupon beliau menyokong revolusi tersebut tetapi beliau telah menolak untuk dijadikan raja yang baru. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah rancangan revolusi negara baru itu akan terlaksana atau hanya tinggal mimpi ngeri sahaja? Jom sama-sama kita tunggu episod minggu depan... Hehehehehe

Ok daaaaa...

Lokasi: kat rumah
Penulis:are_yunk

Isnin, 7 Disember 2015

Percutian di Pulau Pinang

Cubaan menulis blog dari iphone menggunakan apps BlogTouch Pro...

Assalamualaikum....

Seperti yang sedia maklum, aku dan encik suami tinggal berasingan, en suami jauh di seberang lautan china selatan manakala aku pula di semenanjung. Boleh dikatakan paling kerap kami boleh bersua muka adalah dua bulan sekali.. Huhuhu
Disebabkan begitu, setiap kali en suami balik ke semenanjung kami akan mencuri masa untuk pergi bercuti walaupun masa sangat-sangat mencemburui. Almaklum la masa en suami cuti tu la nak setelkan macam-macam hal, nak setel hal rumah seperti paip tersumbat, menebas lalang di tepian rumah, service kereta, nak balik kampung lagi. Padahal cutinya beberapa hari je pun.
So, percutian kali ni kami decide untuk bercuti di penang je setelah mengambil kira soal jarak dan kewangan.. Hehehe
Memula plan nak book Hard Rock Hotel Penang, tapi fully booked noks, almaklum la cuti sekolah, kami pon plan last minit. Akhirnya aku memilih Copthorne Orchid Hotel Tanjung Bungah. 

Walaupon  review kat booking.com tidak memberangsangkan, tapi aku tetap memilih hotel ni sebab hotel ni je yang mempunyai balkoni dan seaview dengan harga yang mampooo. Lagi pun kami nak stay situ 1 malam je.
Overall aku berpuas hati dengan hotel ni, memang la dari segi rupa bentuk hotel dan perabot nampak macam old skul skit, tapi bilik bersih dan besar, toilet pon cun, paling mahal view dier dan siap ada private beach boleh mandi manda, breakfast pon sodap..

Ni view dari bilik aku, sejuk mata memandang khennn


Bangunan sebalik pokok yang berpermukaan senget tu la bilik aku, hotel ni besar sampai ke belakang bangunan yang tinggi tu, tapi sebab kami pilih deluxe room seaview dapat la kat situ, atas bilik kami kolam renang.


Kolam renang dier pon best dan besar, sebelah kolam dewasa ni ada kolam untuk kanak-kanak. Aku tak mandi, temankan en suami je berenang renang.
 
Habis cerita pasal hotel, aktiviti kami semasa cuti-cuti ni adalah berkaraoke dan of cos acara makan-makan.. Hihihi


Macam biasa tempat karaoke pilihan hati adalah Redbox sebab ada makanan, tak payah nak carik tempat lunch dah!


Orang kata tak sah kalo datang penang tak pekena mee sotong, kami pon tak terkecuali nak mencoba, nak juga tau sedap sangat ke sampai famous sangat.


Dinner malam tu kami pon pekena mee sotong dan coconut shake. Tengok la tu makan berdua je tapi pinggannyer 3, haa acanerr tur kate diet!!! 
En suami cakap mee rebus dier biase-biase je, yang mee goreng sotong ok la juga. Bagi aku plak macam sedap je, kena pulak dengan tekak aku, cuma en suami orderkan untuk aku mee sotong special punya, tengok la penuh pinggan jenuh nak habiskan. Tapi habis juga la diatas bantuan en suami.. Hihihi

Esoknya pulak acara makan-makan lagi tapi di Seoul Garden Gurney Plaza. 


Harga untuk sorang makan dalam Rm40 lebih camtu, seoul garden ni lebih kurang macam syabu syabu lah, boleh makan steambot dan grill, ada macam-macam seafood dan berjenis-jenis daging yang telah marinated untuk digrill. Bagi tekak aku yang steambot tu biasa-biasa jela, tapi yang grill tu sodapp!! Cukup bahan perapan, cukup rasa. Tetiba fefeeling macam orang korea, walaupon kimchee tak sentuh sebab tak sedap! Hahahaha..



Makan sampai kenyang, dasar kuat makan khenn... En suami sampai sakit-sakit perut bagai. Hihihi

Sebenarnya percutian ni adalah sempena birthday en suami. Walaupon takde sambutan besar-besaran, tapi aku sediakan juga surprise untuk en suami, dalam senyap-senyap aku beli hadiah, kek comel, lilin love-love. Konon nak buat surprise malam tu tepat pukul 12 malam. Tetapi malangnya en suami sakit kepala pula. Siap tido awal, serba salah pulak aku nak kejutkan en suami tepat pukul 12 malam tu. Tapi nasib menyebelahi aku, bler en suami bangun pergi toilet, aku tengok masa tu pukul 12.03 minit. Kelam kabut aku buat persediaan susun kek dan lilin bagai sampai terpelanting merata lilin, punya la cemas takut en suami keluar  toilet, hihihi...
Aku tutup semua lampu, tinggal cahaya lilin je, aku menyorok tepi dinding toilet, en suami keluar je terus aku pasang lagu happy birthday kat hp.. Romantik tak aku? Kehkehkehkeh
Gambar tak sempat nak snap sebab kelam kelibut, tapi rasanya en suami boleh ingat kot walaupon keadaan kesihatan tak mengizinkan masa tu. En suami dapat 2 hadiah, hadiah apa biarla en suami yang cerita. Aku bagi apa yang termampu je, almaklum la si isteri bukan orang kaya.. Huhuhu

Itu la serba sedikit kisah percutian singkat kami. 
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 31 suamiku. Semoga  sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Semoga Abang dapat mencapai apa yang dicitakan, dan semoga kita lebih dimurahkan rezeki dan berkesempatan untuk bercuti-cuti lagi di masa hadapan. Amin..
Iter sayang tamooo...


Lokasi: kat rumah
Penulis: are_yunk



Ahad, 6 Disember 2015

Fit Perak

Sebenarnya benda alah ni aku dh tulis bulan 10 aritu, tp dok ada dalam draft sampai hari ni baru teringat!!!πŸ™ˆπŸ™ˆ

Assalamualaikum....
Hari ini 10.10.15 Hari Sukan Negara, ade macam-macam aktiviti dan acara sukan kat tempat aku ni antaranya :
- Kayuhan 80KM 🚲 
- Kayuhan 25KM 🚴
- Program 10,000Langkah πŸƒ
- Inline Skating Tournament πŸ†
- Demonstrasi Kapal Layar 🚣
- Ultimate Aerobik πŸ’ͺπŸ‘― 🎢
- Jump For Heart πŸ’–
- Ungku Busu Hiking πŸ‘£
- Martial Arts Performance πŸ’ͺπŸ‘Š
- Bola Sepak 9 Sebelah ⚽️
- Pertandingan Badminton πŸ†
- Treasure Hunt πŸƒ
- Indoor Game 🎯🎲
- Pertandingan Ping pong πŸ†
- Pertandingan Sepak Takraw πŸ†
- Pertandingan Bola Tampar πŸ†
Haa... Manyakk khenn? Tapi 1 pon aku tak join.. KahkahkahπŸ˜‚πŸ˜‚
Sebenarnya aku teringin je nak join program 10ribu langkah tu, tapi takde geng la😒, semua kawan office tak berminat, kakak-kakak aku pulak tak available harini, masing-masing ada sukan kat tempat sendiri. So sempena hari sukan negara ni, aku nak share sikit cerita masa aku join fit malaysia kat ipoh aritu.

13 Sept 2015, berlangsungnya Fit Perak di Dataran Bandaraya Ipoh. Sebulan sebelum hari kejadian aku dah register online untuk masuk larian, excited gler kowt.. Hehe
Disebabkan aku tinggal kat Manjung, so sehari sebelum tu aku dah pegi Ipoh rumah kakak aku. Memang kami dah plan  nak pergi sama-sama esok pagi. Kami bertiga, aku, kak J dan kak N. Untuk persediaan ke larian fit perak tu, hampir setiap petang aku akan ke Curves Gym dan lepas workout di gym aku akan ke stadium pulak untuk joging. Nampak tak betapa gigihnya aku padahal join larian 5km jerπŸ™ˆ.

Nak dijadikan cerita, pagi sabtu sehari sebelum fitperak tu aku pulun workout kaw-kaw tak ingat untuk jadi lebih fit la kononnya, sekali kaki aku macam terseliuh pulakk.. Adoiii.. Nak kata terseliuh pun bukan, sbb sakit dekat betis dgn lutut,  sampai nak jalan pon terdengkot-dengkot. Abang cakap mungkin krem je kot lepas rest ok la tu. 

Tetapiiii....
Pagi hari kejadian, makin sakit pulak.. Huhu. Tapi aku paksa diri juga, aku mesti cuba juga. So pagi tu lepas kelam kabut siap bagai, dalam 6.45 baru kami keluar rumah. Plannya nak keluar awal sebab 5000 peserta yang pertama akan diberikan tshirt free. Apakan daya, sampai je dataran MBI orang dah penuh berasak asak dah, tshirt free hanya tinggal angan-angan jela. 

Nampak berapa ramai punya orang daaa... Ada macam-macam acara antaranya berbasikal 30km, larian 10km dan 5km.

Masa ni peserta 5km dah dilepaskan, hapening gler masa ni, dengan sorakan peserta, lagu-lagu yang memecah gegendang telinga.. Hehe

Kaki aku sebenarnya sakit gler masa ni, tapi aku paksa diri juga, aku lari slow je dari mula, kak J dgn kak N dah jauh tinggalkan aku, sanggup diorang tinggalkan adik bongsu diorang yang dalam kesakitan ni, kejam sungguh😒
Aku maintain speed larian aku, bila dah nak hampir ke garisan penamat aku nampak kak J dan kak N tak jauh kat depan aku je😁, tula buat lagi pecut awal-awal kan dah semput.. Kikikiki
Akhirnya kami bertiga berjaya menghabiskan larian 5km dengan jayanya. Sampai sahaja digarisan penamat kami terus diberi medal dan sijil penyertaan. Syukur Alhamdulillah..

Lepas habis larian semua, kami diberikan sarapan dan air percuma. Tak lama lepas tu acara perasmian berlangsung. Majlis dirasmikan oleh tak lain tak bukan Menteri Belia dan Sukan KJ dan juga Menteri Besar Perak.

Selepas perasmian bagai, ada macam-macam lagi aktiviti senamrobik, zumba, african dance dan macam-macam lagi lah. Serius memang best, terasa diri fit gitewwπŸ™ˆ
Mungkin sebab aku bersungguh-sungguh nak join larian ni, sampai aku boleh abaikan kesakitan kaki aku tu, zumba dan african dance pon aku boleh ikut, aku rasa dasyat juga la sebab kalo ikutkan kaki aku tu agak kritikal masa bangun pagi tu. 

So apa yang aku boleh simpulkan, kalau kita betul-betul nak sesuatu, walau apa pun rintangan, kita tetap akan boleh hadapinya, yang penting kena yakin dengan diri, jangan cepat mengalah.. Wahhh giteww (mcm poyo je kan?) mungkin untuk orang lain, apadehal lari 5km je kot, tapi bagi aku serius bukan mudah untuk aku heret kaki yang sakit untuk menghabiskan larian 5km tu..πŸ˜€
Apa-apa pun, aku sangat menyokong aktiviti dan acara sihat seperti ini, dan insyaAllah akan sertai lagi di masa akan datang. Jom sama-sama kita jadi orang yang sihat dan fit!!! Peace yooo😘

Penulis : Areyunk
Lokasi : Rumah Omma
Masa.  : 08.30pm