Jumaat, 12 Ogos 2016

Bil Air Tinggi; Tanda-tanda kebocoran paip air tanpa sedar

Bulan lepas aku telah dikejutkan dengan bil air yang maha dahsyat sekali.. rm400.. rebah sekejap bila tengok.. selalu paling mahal pon rm20 jer, kenapa kali ni mahal bebenor.. so mula la suspek ada orang curi air.. haha.. hakikatnya xada pon.. 

dah mengalahkan bil api
setelah buat siasatan, rupanya berlaku kebocoroan paip di bawah tanah.. macam mana nak tau? senang saja, first sekali tutup dulu valve kat meter depan rumah tu.. tengok lepas tutup tu, meter masih bergerak atau tak.. macam kes aku ni, lepas tutup main valve kat meter tu, meter tak bergerak dah.. so maksudnya meter tu betul.. xrosak.. 

second step, tutup valve main supply ke dalam rumah.. maksudnya valve pertama yang menyambungkan antara meter dengan tangki rumah.. so lepas tutup valve tu, buka semula valve dengan meter.. kalau tiada kebocoran, meter tak akan bergerak.. dalam kes aku ni, meter bergerak dengan amat laju sekali.. so, confirmlah berlaku kebocoran antara meter dan valve tersebut.. tapi apakan daya, rumah teres dua tingkat, paip bahagian tu di bawah rumah iaitu di dalam tanah.. boleh nak cuba cari, tapi habis rabak la tiles dan lantai rumah..


pada mulanya, aku cuba gak cari dekat area-area porch kereta tu.. sebab situ tak ada tiles.. setelah tebuk 3 lubang, bukan kata tempat bocor, paip air pon tak jumpa.. jenuh macam tu.. mau habis satu kawasan parking rabak.. so last-last decide untuk bypass jer terus dari meter tu.. so kontraktor tu pun buat la piping baru dari meter ke tangki air melalui bumbung rumah.. untuk point yang direct supply, kontraktor akan layout piping asing.. tapi nampak la dari luar rumah.. apakan daya, dah tu jer option yang ada..

mencuba nasib

memang tak jumpa la
lepas dah tampal lubang. kelihatan paip baru yang menuju ke atas.

sekali lagi akan rabak sebab kena bayar kontraktor lak.. kena rm700.. aku pun tak sure ini harga standard atau mahal/murah.. sebab aku hanya telefon dua orang kontraktor.. sorang bagi harga rm1000, sorang bagi harga rm700.. so terus decide jer laa.. tak tau la kalau ada lagi yg murah, boleh bagi rm 300.. huhu..

berbalik kepada cerita bil air yang cecah rm 400 td tu, aku pun pergi la ke Lembaga Air Perak (LAP) untuk buat rayuan pengurangan.. yela, rm400 tu jenuh la nak bayar.. tambah-tambah lak bukan salah kita.. rasa tak adil la untuk tanggung kos tu..

so bila ke LAP, memang dah ada borang untuk buat rayuan bagi kes-kes macam ini.,, tapi perlukan pengesahan oleh kontraktor yang berlesen dan berdaftar.. kontraktor yang buat rumah aku dulu tak berdaftar lak.. so kena la cari kontraktor yang berdaftar lak untuk tolong cop dan sign borang rayuan tu.. baru aku tau, rupanya boleh dapatkan senarai kontraktor untuk paip kat LAP tu.. punya la ramai.. masa mula-mula tu jenuh nak cari tukang paip..

borang rayuan

mana yang nak cari plumber/tukang paip/ area manjung/lumut/sitiawan boleh la rujuk sini

dah ada senarai tu, aku pun kol la tanya siapa yang boleh tolong lengkapkan borang rayuan tu.. alhamdulillah, jumpa seorang kontraktor yang ok.,. dia boleh tolong buatkan borang tu dengan cas bayaran rm20.. so status sekarang adalah menunggu keputusan rayuan bil air tu.. harap-harap dapatlah diskaun semua tu.. hehe

are_bunk
lumut
121615 Ogos 16

update:

alhamdulillah, lanjutan rayuan yang dibuat sebelum ini, maka LAP telah bermurah hati memberi sedikit diskaun.. sikit tak sikit la, 260 hengget gak la.. cuma yang masih tak seronok, masih kena bayar rm145.. tapi apakan daya, dari bayar rm400, baik bayar rm 145 jer.. aku xpasti apa kaedah pengiraan yang LAP gunakan untuk nilaikan jumlah diskaun tu, tapi aku rasa LAP based dari tempoh masa kita buat pembaikan dan laporkan kerosakan dan rayuan kepada depa.. lagi cepat kita lapor, mungkin lagi banyak pengurangan kot..


maklum balas berhubung rayuan

arebunk
lumut
101116 nov 16

Ahad, 31 Julai 2016

New Honda Civic 2016: 1.5cc turbo and 1.8cc

Sabtu minggu lepas, aku telah pergi ke Honda Servis untuk melaksanakan servis kereta.. seperti yang pernah aku cerita sebelum ini, aku sekarang menggunakan honda civic hybrid tahun 2013.. boleh refer sini (cerita lama) kalau nak tau pengalaman yang pernah aku kongsikan pasal civic hybrid tu.. sekarang millage dah 70000km dan hampir tiga tahun pakai.. alhamdulillah, masih berpuas hati.. 

so sambil-sambil menunggu kereta dibuat senggaraan, sambil-sambil breakfast nasi lemak yang honda belanja, aku dok la usha2 honda civic baru.. dekat honda sitiawan ni, pusat servis dan jualan adalah sekali.. so mata dok melilau jer menengokkan honda civic baru ni.. nampak smart dan lebih sporty.. 

usai sarapan, aku pon terus la melangkah mendekati honda civic baru tu di tempat showroom.. ada sebiji kat situ.. 1.5cc turbo.. warna metalic steel.. nampak menggoda dari luar.. salah satu mungkin sebab macam biasa la, yang dekat showroom mesti yang full package, siap ada skirting dan spoiler semua.. lepas tu cat kilar, bersih jer, lain la dari keta aku sekarang.. bercalar-calar dah, tambah la berdebu jer.. huhu

setelah selesai membelek-belek kereta yang dekat showroom tu, terus aku jumpa sales agent dia nak mintak test drive.. macam biasa, test drive adalah sangat dialu-alukan.. dari masa aku dok servis proton dulu lg.. sambil-sambil dok tunggu proton saga aku dulu, ambil la peluang test drive kereta kat honda showroom ni.. honda jazz, honda accord, honda civic.. tu lah antara punca boleh terbeli honda civic hybrid yang sebelum ini..

setelah dapat kunci, so aku pun try la test drive kereta civic 1.5cc turbo tersebut.. sambil-sambil bawa tu, sale agent ceritakan kelebihan civic yang baru ini.. lebih kurang 5 minit juga aku test drive.. sempat la cecah 150km/j.. kalau ikut hati nak tekan sikit lagi, tapi sale agent lak dah bunyi kat belakang.. hehe

so, based on pengalaman aku menggunakan kereta-kereta sebelum ini, aku rumuskan seperti berikut bagi honda civic 2016 ini:
  1. Rekabentuk luaran: rekabentuk sangat sporty.. pandangan dari depan dan sisi amat mengiurkan.. cuma aku kurang berminat pada bahagian bonet belakang.. mungkin konsep honda buat bagi nampak hatchback atau macam kereta-kereta sport yang lain, yang bonet pendek..  tp kalau yang pasang spoiler, bonet belakang tu boleh nampak mengancam semula.. design lampu, bumper depan, pintu, rim semuanya kena dan sesuai..
  2. Rekabentuk dalaman: ruangan dalaman agak kecik aku rasa kalau compare dengan honda civic 2013.. salah satu yang puncanya adalah kerana antara pemandu dan penumpang dibuat pembahagi lak.. aku kurang berminat sikit pada design tengah tu.. macam messy dan tak siap jer.. dashboard nampak menarik, sesuai dengan gaya sporty.. panel juga menarik, masih mengekalkan permainan lampu dan kebanyakkan menggunakan digital.. satu lagi yang aku rasa memberi rasa sporty adalah tempat duduk.. rasa lain dari honda civic 2013, cuma aku tak tahu macam mana nak gambarkan.. kerusinya rasa lebih padat dan macam pegang badan..
  3. Kuasa engine: asasnya kuasa engine civic 2016 ni sama dengan civic hybrid juga.. sebab kedua2nya menggunakan enjin 1.5cc.. yang membezakan adalah honda civic 2013 SOHC, civic 1.5 2016 ni DOHC dan ditambah dengan turbo.. Bila cuba memecut, memang terasa lebih kuat dari civic aku sekarang, cuma sebab sekali sahaja try, so aku tak leh nak gambarkan secara detail sangat perbezaan tu.. ditambah lak sales agent ada kat belakang.. huhu.. tapi ikut manual, kelajuan 100km/j boleh dicapai dalam masa 8 saat sahaja dan kelajuan maksimum adalah 200km/j.. ok la tu.. laju2 sangat nak p mana pon..
Ciri-ciri tambahan yang ada pada honda civic 2016 ini adalah seperti berikut:
  1. Remote start : boleh start kereta dari jauh.. tekan remote jer, engin kereta akan hidup dan on terus aircond.. tapi jangan risau, pintu masih dalam lock.. orang xleh buka pon.. so sangat sesuai digunakan pagi2 sebelum p kerja untuk panaskan enjin sementara nak buka pintu rumah.. 
  2. Brake hold: brake hold membolehkan pemandu restkan kaki sewaktu kereta berhenti.. sekarang ni bagi semua kereta auto, bila berhenti dekat trafik light, kaki kena maintain pijak brek, kalau tidak kereta akan bergerak.. ataupun satu lagi cara, tukar gear kepada 'P'.. tapi dengan brek hold, hanya perlu tekan sekali sahaja brek, dan kereta akan berhenti dan boleh lepaskan brek.. kereta akan tetap berhenti walaupun gear dalam kedudukan 'D'.. nak jalan, tekan jer pedal minyak dan terus jalan.. teknologi yang aku rasakan sangat baik.. 
  3. Electronic parking brake: menggantikan brek tangan.. sebelum ni kena tarik, yang ni push button saja.. dari segi kegunaan tak banyak sangat beza dan kelebihan pon.. tapi dari segi gaya dan ruang, teknologi banyak membantu.. 

so setakat itu dahulu untuk kali ini.. next time kalau ada peluang test drive, aku cerita lagi.. chowww...

are_bunk
lumut
021500 ogos 16

Isnin, 25 Julai 2016

Cameron Highlands 18 Degree Celcius Fun Run 2016 by Copthorne

yessza.. akhirnya kami berjaya menyertai acara marathon secara rasminya bersama-sama.. dah la jauh gak.. 11km hokey.. bukan 5 km.. cuma yang kali ini mudah sikit kerana ini adalah fun run, iaitu tiada pemenang.. semua yang menyertai adalah pemenang.. oklah untuk permulaan kan..



ceritanya bermula pada hari sabtu 23 jul , kami bertolak ke cameron, check in di nova hotel.. bilik yang best, besar dan bersih.. hotel baru lak.. harga boleh tahan, tanpa breakfast dan dua katil single ialah rm310.. kalau katil queen lak rm340.. first time aku tengok harga bilik jadi lain sebab katil jer.. dah macam air asia lak.. huhu..

esoknya, 24 jul jam 0700h kami dah berkumpul di perkarangan hotel copthorne.. masa kami sampai tu, tengah ada sesi pemanasan badan atau dikenali sebagai warm up.. kami pon goyang la badan sikit-sikit.. perasaan waktu tu, nervous ada, seronok ada, sejuk pon ada.. 

lebih kurang jam 0730h, barulah kesemua peserta dilepaskan.. jumlah peserta kesemua yang mendaftar adalah 1600 orang.. kira tak ramai sangat la.. tapi tu pun dah sesak.. sebab ruang depan hotel dan laluan jalan yang sempit.. 

tempat permulaan

dari copthorne, kami berlari di jalan utama dalam 1km dan seterusnya masuk ke kawasan ladang dan berbukit.. disinilah kekuatan larian ini, di mana para peserta berpeluang melihat kecantikan pemandangan di sekitar cameron highlands di awal pagi.. sambil-sambil tengok pemandangan tu, boleh lak tangkap gambar dan selfie bagai.. disebabkan ini adalah fun run, so tak ada orang yang kisah sangat pon sampai cepat atau lambat.. kami pon samalah juga, sambil-sambil berlari, sambil berjalan, memanfaatkan peluang untuk ambil gambar..


dah macam hiking kan

selfie time!!

setelah melalui jalan ladang yang berbukit-bukit, akan lalu celah-celah rumah orang lak.. tapi nasib baik pendek jer laluan dia.. seterusnya akan tembus kembali di pasar kea farm.. waktu ni kelakar.. dok tengah pulun nak abiskan larian, akan nampak peserta lain tengah bershopping beli sayur di kea farm.. nampak peserta lain pula tengah makan jagung,. terus blur sekejap, betul ker depa ni masuk larian.. haha..

betui ka depa ni semua masuk larian??
akhirnya lebih kurang jam 1030, aku dan ayang berjaya sampai di penamat yang tak macam penamat pon.. tak ada sapa pon yang peduli waktu kita sampai.. huhu.. sendiri angkat tangan waktu sampai, sendiri kalungkan medal finisher (medal dah dapat sehari sebelum iaitu waktu ambil baju) dan sendiri ambil catatan masa.. cuma tetap rasa seronok sebab dah sampai dan berjaya abiskan larian.. 

medal hadapan
medal belakang.. 11km hokey..

so sebagai rekod, catatan masa kami adalah 2 jam 59 minit bagi jarak sejauh 10.6 km, termasuk mendaki bukit, turun bukit dalam keadaan licin, lalu kawasan becak dan basah dan larian yang sekejap sahaja.. terasa juga penat tapi tetap enjoy dan masih boleh tersenyum.. insya Allah, kalau tahun depan tak ada halangan, mungkin akan masuk lagi.. 

banting terakhir
cabutan bertuah, tapi macam biasa bukan aku la yang dapat..
tahun depan pada 7 ogos 17.. be prepared!!!

are_bunk
opis
251600H jul 16

Khamis, 30 Jun 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat menyambut hari raya buat semua muslim dan muslimat.. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan disambut dengan penuh pengertian..


are_bunk
Lumut
1215H

Selasa, 2 Februari 2016

Kriteria Pemilihan Ketika Membeli Rumah

Alhamdulillah, aku tengok trend kini dah ramai lepasan graduan atau orang yang baru bekerja mula membeli rumah.. Lazimnya, orang baru bekerja mesti nak beli kereta dulu, sebab senang nak pergi balik kerja.. Dah kahwin atau dah ada anak baru plan nak beli rumah..

Sebenarnya beli kereta ni suatu perkara yang subjektif.. Adalah tak wajar untuk kata beli kereta itu membazir.. Walaupun kereta termasuk dalam liabiliti, tidak dikira sebagai aset sebab susut nilai yang tinggi, tapi bagi aku kalau kereta itu dah sampai tahap keperluan, membantu dalam urusan harian, tak salah beli kereta.. Nak harapkan pengangkutan awam di malaysia macam yang sedia maklumlah.. Di lembah klang ada lrt mungkin boleh lagi, kalau dok kawasan lain, kereta amat diperlukan.. Motorsikal pon ok, tapi masih terhad bila hujan, bawa barang banyak, bawa anak isteri dan sebagainya.. Justeru, tepuk dada dan buat keputusan samada kereta itu kehendak atau keperluan..

Berbanding dengan rumah, bagi aku adalah sangat wajar untuk beli awal.. Kenapa? Sebab harga rumah yang lebih murah (tahun akan datang pasti lagi mahal), insurans yang murah (insurans ikut umur peminjam) dan boleh jadi aset.. Tapi setengah orang cakap, baik sewa dulu.. Sebab tak kompem lagi nak menetap mana lagi.. Bagi aku, beli jer rumah, bagi orang sewa.. Kita sewa tempat lain lak.. Jadi, sambil menyewa, kita juga sewakan pada orang lain.. Tapi dalam masa yang sama, rumah tu nanti akan jadi hak milik kita..

Jadi, apakah kriteria nak beli rumah? Kebanyakkan buku akan tulis, ada tiga faktor utama untuk memilih rumah.. Yang pertama : lokasi, yang kedua : lokasi, dan yang ketiga : lokasi.. Jadi kriteria paling penting adalah lokasi.. So pilihlah lokasi yang paling sesuai dan dilihat mempunyai potensi.. Biar mahal sikit harga rumah tu, janji lokasi terbaik.. Dari beli murah, tapi lokasi agak kureng, nak sewa pon susah, nak jual nanti pon harga tak naik banyak sangat.. Jadi lokasi adalah kriteria utama yang perlu diberi perhatian..

Kriteria kedua adalah jenis rumah.. Kalau memang niat beli untuk sewa, rumah yang kecik atau murah adalah lebih sesuai.. Rumah jenis apartment dan teres setingkat adalah lebih mudah untuk disewakan berbanding dengan condominium, teres dua tingkat atau banglo.. Namun perkara ini juga tertakluk kepada kawasan perumahan tersebut.. Sekiranya kawasan tersebut kawasan elit, pasti rumah yang lebih selesa menjadi pilihan.. Tapi bagi penilaian secara umum bagi semua keadaan, rumah kos rendah lebih menjadi pilihan..

Kriteria ketiga adalah penduduk setempat.. Perkara ini mungkin susah sikit sekiranya membeli rumah baru, tapi rumah second hand perlu diberikan perhatian.. Siapa penghuni kawasan tersebut, adakah orang tempatan atau warga asing? Ini adalah penting sekiranya anda amat memilih bakal penyewa kelak.. Ataupun anda memang bercadang untuk tinggal di rumah tu dan mementingkan hubungan kejiranan.. Selain itu, dari penduduk setempat juga kita perlu menilai tahap keselamatan di kawasan perumahan tersebut.. Kawasan yang tinggi kadar jenayah pastinya susah untuk disewakan..

Kriteria lain adalah sekiranya rumah apartment atau kondo, bagaimana tahap pentadbiran oleh badan pengurusan bersama atau joint management body (JMB).. JMB yang efektif akan memberikan imej yang baik bagi kawasan perumahan.. Pengurusan sampah yang baik, kawalan keselamatan yang baik, kebersihan terjaga, lif diselenggara dengan baik, semua aspek tersebut adalah amat penting dalam imej perumahan..

Setakat ini dahulu sahaja perkongsian berhubung kriteria penilaian untuk membeli rumah.. Kriteria-kriteria penilaian tersebut bukanlah muktamad, bergantung kepada faktor-faktor lain juga termasuk kehendak setiap individu.. Namun kriteria tersebut boleh digunakan untuk membantu anda ketika membuat keputusan untuk membeli rumah.. 

are_bunk
Kota kinabalu
20 jan 16