Sebenarnya beli kereta ni suatu perkara yang subjektif.. Adalah tak wajar untuk kata beli kereta itu membazir.. Walaupun kereta termasuk dalam liabiliti, tidak dikira sebagai aset sebab susut nilai yang tinggi, tapi bagi aku kalau kereta itu dah sampai tahap keperluan, membantu dalam urusan harian, tak salah beli kereta.. Nak harapkan pengangkutan awam di malaysia macam yang sedia maklumlah.. Di lembah klang ada lrt mungkin boleh lagi, kalau dok kawasan lain, kereta amat diperlukan.. Motorsikal pon ok, tapi masih terhad bila hujan, bawa barang banyak, bawa anak isteri dan sebagainya.. Justeru, tepuk dada dan buat keputusan samada kereta itu kehendak atau keperluan..
Berbanding dengan rumah, bagi aku adalah sangat wajar untuk beli awal.. Kenapa? Sebab harga rumah yang lebih murah (tahun akan datang pasti lagi mahal), insurans yang murah (insurans ikut umur peminjam) dan boleh jadi aset.. Tapi setengah orang cakap, baik sewa dulu.. Sebab tak kompem lagi nak menetap mana lagi.. Bagi aku, beli jer rumah, bagi orang sewa.. Kita sewa tempat lain lak.. Jadi, sambil menyewa, kita juga sewakan pada orang lain.. Tapi dalam masa yang sama, rumah tu nanti akan jadi hak milik kita..
Jadi, apakah kriteria nak beli rumah? Kebanyakkan buku akan tulis, ada tiga faktor utama untuk memilih rumah.. Yang pertama : lokasi, yang kedua : lokasi, dan yang ketiga : lokasi.. Jadi kriteria paling penting adalah lokasi.. So pilihlah lokasi yang paling sesuai dan dilihat mempunyai potensi.. Biar mahal sikit harga rumah tu, janji lokasi terbaik.. Dari beli murah, tapi lokasi agak kureng, nak sewa pon susah, nak jual nanti pon harga tak naik banyak sangat.. Jadi lokasi adalah kriteria utama yang perlu diberi perhatian..
Kriteria kedua adalah jenis rumah.. Kalau memang niat beli untuk sewa, rumah yang kecik atau murah adalah lebih sesuai.. Rumah jenis apartment dan teres setingkat adalah lebih mudah untuk disewakan berbanding dengan condominium, teres dua tingkat atau banglo.. Namun perkara ini juga tertakluk kepada kawasan perumahan tersebut.. Sekiranya kawasan tersebut kawasan elit, pasti rumah yang lebih selesa menjadi pilihan.. Tapi bagi penilaian secara umum bagi semua keadaan, rumah kos rendah lebih menjadi pilihan..
Kriteria ketiga adalah penduduk setempat.. Perkara ini mungkin susah sikit sekiranya membeli rumah baru, tapi rumah second hand perlu diberikan perhatian.. Siapa penghuni kawasan tersebut, adakah orang tempatan atau warga asing? Ini adalah penting sekiranya anda amat memilih bakal penyewa kelak.. Ataupun anda memang bercadang untuk tinggal di rumah tu dan mementingkan hubungan kejiranan.. Selain itu, dari penduduk setempat juga kita perlu menilai tahap keselamatan di kawasan perumahan tersebut.. Kawasan yang tinggi kadar jenayah pastinya susah untuk disewakan..
Kriteria lain adalah sekiranya rumah apartment atau kondo, bagaimana tahap pentadbiran oleh badan pengurusan bersama atau joint management body (JMB).. JMB yang efektif akan memberikan imej yang baik bagi kawasan perumahan.. Pengurusan sampah yang baik, kawalan keselamatan yang baik, kebersihan terjaga, lif diselenggara dengan baik, semua aspek tersebut adalah amat penting dalam imej perumahan..
Setakat ini dahulu sahaja perkongsian berhubung kriteria penilaian untuk membeli rumah.. Kriteria-kriteria penilaian tersebut bukanlah muktamad, bergantung kepada faktor-faktor lain juga termasuk kehendak setiap individu.. Namun kriteria tersebut boleh digunakan untuk membantu anda ketika membuat keputusan untuk membeli rumah..
are_bunk
Kota kinabalu
20 jan 16